Sunday 21 April 2019

Cara Bayar Fidyah Secara Online

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBAYAR FIDYAH ?

1. Uzur menunaikan puasa wajib Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.

Contoh: Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut. 30 hari X RM4.00 = RM120.00

2. Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan. Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh: Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

CARA MEMBAYAR FIDYAH SECARA ONLINE MELALUI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP
  1. Buka laman web https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
  2. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti gambar dibawah dan tekan butang Tambah Kiraan
  3. Kemudian kotak dibawah akan muncul dan sila tekan butang Bayar Fidyah
  4. Kemudian pada bahagian atas sila tekan menu Bayar
  5. Masukkan No Kad Pengenalan dan pilih cara bayaran FPX.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

Dr Sheikh Muszaphar Hanya Melihat 3% Permukaan Bumi

Sebenarnya Dr Sheikh Muszaphar hanya melihat 3% daripada permukaan bumi ketika berada di dalam  International Space Station  semasa kunjung...