Thursday 2 May 2019

Dr Sheikh Muszaphar Hanya Melihat 3% Permukaan Bumi

Sebenarnya Dr Sheikh Muszaphar hanya melihat 3% daripada permukaan bumi ketika berada di dalam  International Space Station semasa kunjungan beliau ke angkasa lepas suatu ketika dulu. Itu pun beliau masih perlu gerakkan kepala kiri-kanan dan atas-bawah untuk melihat 3% kawasan permukaan bumi tersebut.



Kenapa hanya 3%? Sebab bumi ini tersangat besar dari kaca mata seorang manusia.

Jika bumi itu adalah sebesar buah epal maka kulit epal itu adalah lapisan atmosfera dan International Space Station adalah sejauh 2.7mm sahaja dari permukaan bumi. 2.7mm = 0.27cm.
Nisbah Perbandingan ISS dan Bumi

Bagaimana Nak Tahu Berapa Gaji Yang Perlu Di Minta

Aku akan tunjukkan cara mudah untuk ambil tahu berapa gaji yang patut di minta oleh candidate yang nak pergi interview.

1. Visit laman web https://www.jobstreet.com.my/en/career-insights
2. Masukkan nama pekerjaan pada kotak "What is your job title"
3. Graf seperti dibawah akan muncul. Boleh filter mengikut Location dan Experience.

Jobstreet Career Insight
4. Bila dah tau range gaji yang ingin diminta. Cuba buat kira-kira berapa gaji bersih yang akan kita dapat.

5. Aku selalu visit laman web ni untuk buat kira-kira berapa gaji yang aku dapat selepas tolak EPF/KWSP, SOSCO, EIS danTax. http://jeremisong.com/income-tax/pcb-calculator/2019/

PCB Calculator
6. Selamat mencari kerja dan demand gaji!

Sunday 21 April 2019

Cara Bayar Fidyah Secara Online

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBAYAR FIDYAH ?

1. Uzur menunaikan puasa wajib Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.

Contoh: Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut. 30 hari X RM4.00 = RM120.00

2. Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan. Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh: Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

CARA MEMBAYAR FIDYAH SECARA ONLINE MELALUI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP
  1. Buka laman web https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
  2. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti gambar dibawah dan tekan butang Tambah Kiraan
  3. Kemudian kotak dibawah akan muncul dan sila tekan butang Bayar Fidyah
  4. Kemudian pada bahagian atas sila tekan menu Bayar
  5. Masukkan No Kad Pengenalan dan pilih cara bayaran FPX.

Artikel Terbaru

Dr Sheikh Muszaphar Hanya Melihat 3% Permukaan Bumi

Sebenarnya Dr Sheikh Muszaphar hanya melihat 3% daripada permukaan bumi ketika berada di dalam  International Space Station  semasa kunjung...